.: Selamat Datang Ke Laman Blog Redfish Jelani [Informasi.Interaktif.Semua.Untuk.Semua ] :.

Jumaat, 7 Januari 2011

Menjimatkan bandwidth internet

Anda menggunakan internet dengan sistem pembayaran 'volume based'? 
Anda ingin menjimatkan bandwidth internet ?
Anda mahu berjimat dengan menggunakan quota dan tidak over quota yang akan meningkatkan bil internet anda.
Tips menjimatkan bandwidth ini sangat sesuai untuk volume based seperti rangkaian celcom,maxis,digi dan sbgnya. Selain dapat menjimatkan bandwidth ia juga dapat mempercepatkan proses ketika anda melayari internet. 
Di sini adalah tips bagi menjimatkan bandwitdh internet anda:

1. Mematikan fungsi untuk load images dan sound.
        Jika anda melayari ke suatu web dan hanya memerlukan penerangan text sahaja, maka anda boleh mematikan fungsi untuk load images dan sound,
Cara untuk membuang fungsi load images dan sound untuk pengguna Mozilla Firefox atau pun pengguna Internet Explorer.
Untuk Mozilla Firefox : Tools -> Options -> Content
Untuk Internet Explorer : Tools -> Internet Options -> Advanced
2.Matikan setting update secara automatik.
Mematikan setting update automatik pada windows, antivirus atau pun software yang lain dan tukar ke setting ke manual update. Ini perlu kerana ada beberapa program yang memerlukan kita 'install', melakukan download update secara automatik .Jika kita update secara 'automatik'  penggunaan bandwidth akan digunakan dengan banyak sekali, kerana update seperti itu menggunakan bandwidth yang besar.
3. Install Add-ons Adblock Plus.
        Plugin ini berfungsi untuk menutup iklan-iklan yang muncul di suatu web kalau kita
        membuka web tersebut tersebut.
        Untuk pengguna Mozilla firefox anda boleh 'install' add-ons Adblock plus 
       add-ons firefox ini mampu mematikan iklan gambar dan iklan flash.
4. Menggunakan program mampatan images seperti toolnel.
       Dengan program ini, maka data akan dimampatkan terlebih dahulu sebelum
       masuk ke komputer kita.
       Anda bolehdownload di http://www.toonel.net/downloads.html
5. Menggunakan Web mail yang support AJAX
      Gunakan email yang dapat menyokong AJAX di mana bekerja lebih cekap sehingga
      data yang kita download lebih kecil. Web mail yang menyokong AJAX antara
       lain adalah seperti GMail dan Yahoo Mail dengan versi barunya.
6. Gunakan satu browser saja.
    Gunakan satu browser saja, misalnya kalau Firefox gunakanlah Firefox terus,
    Kalau Internet Explorer gunakanlah Internet Explorer saja, jangan bertukar tukar.
    Ini adalah kerana setiap browser memiliki cache sendiri, jika anda
   membuka web yang sudah pernah anda kunjungi, maka browser tersebut
   tidak akan download seluruh data lagi, kerana sudah tersimpan di browser
    komputer anda berupa cache.
7. Gunakan Firefox
     Firefox memiliki keunggulan iaitu downloadnya lebih kecil jika di bandingkan 
    dengan browser lainnya, jadi lebih cepat dan dan menjimatkan. selain itu 
    Firefox memiliki banyak add on yang dapat digunakan untuk mempertingkatkan 
    prestasi semasa melayari internet .

Semua Untuk Semua

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...