.: Selamat Datang Ke Laman Blog Redfish Jelani [Informasi.Interaktif.Semua.Untuk.Semua ] :.

Isnin, 10 Januari 2011

Daftar Blog Dalam Enjin Pencarian (Search Engine)

Setelah anda berjaya membina dan menyempurnakan blog anda sekarang kita perlu mendaftarkan blog kita ke dalam daftar enjin pencarian (search engine) seperti Google, Yahoo, MSN, AOL dan sebagainya. Tujuan mendaftar adalah untuk meningkatkan jumlah pengunjung yang berkualiti yang akan datang mengunjungi blog anda.

Rata-rata pelayar internet akan menggunakan enjin pencarian untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pelayar akan mendapat apa yang dicari dalam 10 laman web teratas yang disenaraikan oleh enjin pencarian. Apa yang ditaip oleh pelayar internet dalam kotak pencarian itu dipanggil 'keyword'. Anda boleh menggunakan kemudahan 'keyword tool' yang disediakan oleh google untuk membuat analisis kajian tentang keyword ini. Google akan menunjukkan data-data penting bagi sesuatu keyword umpamanya, berapa ribu bilangan sesuatu keyword itu digunakan untuk pencarian dalam satu-satu bulan, kekerapan ianya digunakan, berapa banyak pesaing lain yang mengguakan keyword tersebut. Dengan statistik dan keyword ini anda meyediakan blog atau laman web anda bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Enjin pencarian menggunakan pelbagai kaedah algorithm untuk menilai dan menetapkan indeks dan ranking sesuatu blog yang akan disenaraikan. Bergantung kepada kualiti 'content' (isi) dan 'keyword' yang terdapat dalam blog anda, search enjin akan menentukan ranking yang bakal diberi. Sebenarnya kaedah untuk mendapatkan ranking tratas dalam enjin pencarian adalah satu subjek yang luas untuk diperincikan dan terdapat banyak penerangan tersedia dalam internet untuk anda pelajari. Menjadi idaman setiap webmaster untuk mendapatkan 10 tempat teratas dalam ranking enjin pencarian mengikut kata kekunci (keyword) tertentu. Antara kriteria penting yang diambil kira adalah isi kandungan, keywords, inbound link dari laman yang berkualiti dan banyak lain lagi.

Sebagai contoh sekiranya anda menaip keyword 'panduan untuk blogger' dalam kotak enjin pencarian google (google search)anda akan dapati blog ini menduduki 3 atau 4 tempat teratas dalam senarai yang dipaparkan daripada lebih 900 ribu blog dan laman web lain yang berkaitan. (ada kalanya blog ini mendahului lebih 8 juta senarai yang dikeluarkan oleh google). Enjin pencarian yahoo tidak memberi keutamaan kepada blog seperti blooger blogspot ini, tetapi disebabkan blog ini berdaftar dengan digg.com anda dapati blog ini masih menduduki tempat teratas dalam enjin pencarian yahoo jika menggunakan keyword yang sama. Dalam topik yang lain kita akan bincang bagaimana untuk berdaftar dengan banyak lagi 'blog directory' seperti digg, technorati, blogcatalog, reddit dll. Berdaftar dengan blogcatalog.com juga membuat blog ini menduduki senarai teratas dalam ranking enjin pencarian google.

Senarai enjin pencarian yang boleh anda daftarkan blog anda adalah seperti berikut:-

Jika anda ada masa terluang sila berdaftar dengan semua enjin pencarian di atas, jangan malas.... Sebahagiannya memerlukan anda berdaftar sebagai ahli dahulu. Masukkan alamat URL blog anda ditempat yang diperlukan dan ikut panduan laman web berkenaan.


Berikut pula adalah perkhidmatan internet untuk mendaftarkan blog anda kepada banyak enjin pencarian, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma. Senarainya seperti berikut:


Selamat mencuba dan berusaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...