.: Selamat Datang Ke Laman Blog Redfish Jelani [Informasi.Interaktif.Semua.Untuk.Semua ] :.

Jumaat, 7 Januari 2011

Komputer Selalu Restart Sendiri

Masalah paling tidak gemari adalah melibatkan komputer yang selalu restart sendiri atau kerosakan yang selalu berlaku pada sebuah komputer adalah keadaan di mana komputer selalu restart dengan sendiri. Dalam kes  komputer selalu restart ini tentu saja sangat membosankan terutama apabila kita sedang membuat  kerja, tiba-tiba komputer restart sendiri dan kita tidak sempat menyimpan dokumen tersebut. Mengikut  pengalaman saya ada  beberapa sebab utama yang membuat komputer kita tuh sering restart sendiri, diantaranya adalah:

1.RAM (memori) yang rosak

RAM yang rosak juga boleh menyebabkan komputer restart dengan sendirinya.Cuba gunakan memori yang lain untuk menguji samada ram itu rosak. atau pun sebaliknya. Sekiranya ada dua ram cuba tanggalkan salah satu untuk melihat yang mana rosak, tukar ganti untuk melihat yang mana bermasaalah..Jarang berlaku  kedua dua nya rosak secara serentak.

2. Masalah processor panas 
 
Salah satu sebab komputer jadi hang dan restart sendiri adalah disebabkan processor yang panas.Untuk memeriksa masalah kepanasan pada pada processor,terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan:  

  • melihat keadaan suhu processor melalui paparan pada  hardware monitor di BIOS
  • gunakan software bagi monitor kepanasan seperti Core Temp

  • dengan membuka casing CPU dan meraba sendiri temperatur pada bagian Pendingin (Cooler) Processor. 
Punca yang menyebabkan kepanasan pada Processor:
  • Kipas pada processor ( fan) tidak berfungsi.
  • Sirip pada Pendingin Processor tersumbat dengan debu,s elalu berlaku bila menggunakan komputer  dimasuki habuk berdebu. Habuk habuk yang melekat ini mestilah dibersihkan.
  • Perhatikan juga mungkin kipas pada power supply tidak berputar.
3. Power Supply yang bermasalah

Kemungkinan power supply membekalkan kuasa yang tidak mencukupi.Cuba gunakan power supply lain yang diketahui berfungsi dengan baik. Power supply dengan kuasa minima 500 watt adalah yang  paling baik untuk penggunaan komputer masa kini.

4. Kad  Grafik rosak

Kemungkinan kad grafik yang rosak. Biasanya kad grafik yang rosak cepat panas pada bahagian sirip pendinginnya .Cuba periksa kad tersebut.

5. Disebabkan bad sector pada Hardisk
 

Sekiranya terdapat bad sector pada hard disk akan menyebabkan ia menjadi hang atau muncul skrin biru. Penyelenggaraan berkala seperti scan disk dan defragmenter perlu di lakukan bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Komputer juga hendaklah di tutup dengan menggunakan fungsi shut down.

Semua.Untuk.Semua

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...